Apa itu Takaful?
Takaful adalah kata terbitan bahasa arab"kafala"yang bermaksud "jamin"dan perkataan Takaful membawa maksud saling menjamin.Istilah Takaful telah digunapakai dalam konteks insurans secara islam.La merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlaku musibah atau kerugian tertentu.
Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah takaful berbentuk perniagaan (Tijari) dimana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan syara' iaitu terhindar daripada unsur Riba (Bunga), Maisir (Perjudian) dan Gharar (Ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabbaru' (Derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah islam iaitu konsep "Mudharabah" dan "Wakalah".
Dalam kontrak takaful ini,peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka.la berasaskan kepada sifat persaudaraan,kasih sayang dan saling bantu membantu.Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian.
selain itu,anda juga boleh mendapatkan maklumat mengenai takaful di sini
perbezaan antara Takaful dan Insurans
takaful dan insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan.Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar.Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada dilihat daripada beberapa sudut berikut:
1.Hukum
Perniagaan Takaful adalah halal dan umat islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan halam oleh majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan syarikat insurans adalah haram.
2.Kontrak asa yang digunapakai
Dalam insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu'awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara takaful menggunakan kontrak derma (Tabbaru')
3.Kontrak-Kontrak lain
Dalam insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak mudharabah (perkongsian untung rugi).
4.tanggungjawab pemegang polisi
peserta takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans.penyartaan takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembeli insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemengang polisi.
5.Saluran pelaburan
Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan keatas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh syariah yang dikeluarkan oleh suruhanjaya sekuriti (SC).
Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. ini termasuklah pelaburan ke atas perjudian dan arak.
6.Perjalanan Operasi
syarikat takaful mempunyai Majlis Penasihat Syarah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termaksuk pelaburan.Selain itu,syarikat takaful juga mempunyai unit syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada majlis penasihat syariah.syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat syariah kecuali syarikat MCIS Zurich insurans.Walaupun begitu,penasihat syariah ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja.namun perjalan operasi masih lagi peniagaan konvensional.
Comments
Post a Comment