APA ITU INSURANS?

APAKAH YANG ANDA FAHAMI MENGENAI INSURANS??

Secara mudahnya insurans ialah memindahkan risiko/kerugi individu atau sesebuah organisasi seperti syarikat kepada syarikat insurans.Ini bermakna syarikat insurans akan membayar segala kerugian yang ditanggung oleh individu yang terlibat.Hal ini termaksuklah menangung jawab nyawa individu seperti risiko kematian,kesakitan,ketidakupayaan, dan memasuki wad hospital.Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans. 


KONSEP INSURANS


Insurans merupakan satu rancangan pmbahagian risiko.Melaui skim insurans,risiko yang dihadapi oleh individu-individu dikumpulkan dan disebarkan antara mereka supaya risiko yang dihadapi oleh sitiap individu dapat di minimumkan.
Bayaran yang dibuat oleh mereka dikenali sebagai premium.Premium yang dibayaroleh mereka
merupakan satu caruman dalam tabung umum.Mereka yang ditimpa risiko dibayar ganti rugi daripada tabung umum itu.dengan cara ini risiko dapat disebarkan dikalangan pemegang polisi atau yang menyertai skim insurans.Oleh itu,insurans ialah satu cara orang yang bernasib baik menolong orang yang kurang bernasib baik.


KEPENTINGAN INSURANS

Kepentingan Kepada Individu

  • Memberi perlindungan dan pampasan kepada individu atau ahli keluarga terhadap pelbagai risiko Kecurian,Kerosakan,Kebakaran dan Kemalangan
  • Melingdungi masa depan keluarga
  • Menabung untuk masa depan

Kepentingan Kepada Peniaga
  • Insurans dapat melindungi para peniaga sama ada kecil atau besar terhadap pelbagai risiko seperti kebakaran,kecurain,pecah amanah dan tuntutan pihak ketiga dan sebagainya 
Kepentingan Kepada Negara
  • Dapat membangunkan negara melalui dana insurans yang terkumpul untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi
  • Insurer dapat mentediakan peluang perkerjaan dan meningkatkan taraf hidup



Comments

Popular posts from this blog

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Apa itu Takaful?